Saturday, November 9, 2019

Dijomaa Business Presentation (Video)

Peluang bisnes mudah, murah secara online diambang tahun 2020. Info syarikat Dijomaa Sdn Bhd, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, marketing plan atau insentif yang disediakan kepada bakal pengedar/ahli Dijomaa.

Satu perniagaan paling mudah kerana anda tidak pun perlu pelanggan yang ramai, cukup dengan hanya dua pelanggan minima yang mahu mengguna sendiri produk Dijomaa dan ingin mencari pendapatan sampingan. Dijomaa juga satu peluang bisnes murah kerana dengan hanya bermodalkan RM185 sekali saja, anda boleh berniaga tidak saja di Malaysia malah Indonesia, Singapore dan seluruh rantau Asia kerana perniagaan ini bakal lebarkan pasaran ke luar negara dimasa hadapan.

Dengan rangkaian bermacam produk dan aneka perkhidmatan rawatan/terapi yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran, berkaitan dengan trend masalah kesihatan masa kini iaitu penyakit penyakit kronik seperti komplikasi jantung, stroke, kanser usus, servik, payu dara dan masalah kulit yang menjadi punca utama kadar kematian di Malaysia serta banyak negara lain, maka permintaan terhadap supplemen, rawatan dan terapi begini ikut meningkat.

Lazimnya dalam kebanyakan perniagaan khususnya konvensional, peniaga memerlukan pelanggan yang ramai samada perniagaan seperti dropship, jual burger, kedai runcit, restoran dan sebagainya. Dalam perniagaan seumpama ini, mustahil untuk kita mampu menjadi kaya kalau hanya mempunyai sebilangan pelanggan yang kecil saja, apa tah lagi kalau hanya dua orang saja membeli burger atau berkunjung ke restoran kita setiap hari. Boleh gulung tikar perniagaan dan lebur segala modal jika hanya berharap kepada pelanggan yang tidak sampai pun sepuluh orang. Dengan kata mudah, kalau jalankan perniagaan konvensional, kita memerlukan pelanggan yang ramai untuk berjaya.


Namun hal ini berbeza di Dijomaa Sdn Bhd kerana untuk sukses perniagaan Dijomaa, kita hanya memerlukan dua orang saja pelanggan yang mahu atau memerlukan produk dan inginkan pendapatan sampingan. Itu sahaja. Dengan hanya dua orang pelanggan/pengguna produk yang memahami konsep perniagaan Dijomaa, kita boleh mendapat keuntungan dan potensi pendapatan yang luar biasa. Malah menerusi perniagaan yang bermodal semurah RM185 ini serta mudah untuk dijalankan, ia mampu menjadikan kita seorang yang benar benar sukses dalam dunia perniagaan sekali pun kita tidak mempunyai kontak niaga dan mengenal orang yang ramai. Berpunca dari hanya dua orang pelanggan/pengguna pertama kita yang positif, modal sekecil RM185 ini boleh menjana untung hingga ratusan ribu Ringgit Malaysia setiap bulan selain berpeluang mendapatkan banyak anugerah seperti kereta dan kediaman mewah. Platform dan bentuk perniagaan seumpama ini telah terbukti sekian lama dimana ribuan usahawan bertaraf jutawan telah lahir darinya termasuklah Dato Dr Azman Ching sendiri, Pengerusi Dijomaa Sdn Bhd. Di Amerika Syarikat umpamanya 1/3 dari jutawan disana telah muncul dari platform bisnes networking. Paling penting untuk berjaya dalam bisnes seumpama ini, sebaik peluang mendatang, cepat ambil dan jalankan segera...